Ahli Parlimen

Ahli Parlimen ialah wakil para pengundi di sesebuah parlimen. Dalam kebanyakan negara bersistem dwidewan, golongan ini dikhususkan kepada ahli dewan rakyat, kerana dewan pertuanan selalunya mempunyai gelaran lain, contohnya senat, maka ahlinya juga diberikan gelaran lain, contohnya senator.Selalunya ahli parlimen akan membentuk kelompok parlimen bersama ahli-ahli dalam parti politik yang sama.Ahli parlimen bertanggungjawab untuk menyuarakan suara rakyat di kawasan mereka ketika berbahas di parlimen.